Persediaan Mengajar Menggunakan Model
Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Bidang : Menyiasat Daya dan Tenaga
Tajuk :
Elektrik
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
2.2 Memahami litar bersiri dan litar
selari
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
2.2.6 membandingkan kecerahan nyalaan mentol
dalam litar
bersiri dan litar selari
Objektif :
Murid dapat menyatakan
bahawa mentol yang disusun secara
selari lebih cerah nyalaannya berbanding mentol yang disusun
secara bersiri.
FASA
|
CADANGAN
AKTIVITI
|
CADANGAN
KOMUNIKASI
|
1.
Persediaan
Pemerhatian dan analisis
Indikator
Amalan
1.1.1 Menggunakan deria
penglihatan
1.2.1 Mengenalpasti
perbezaan dengan
betul
1.2.7 Mengimbas
kembali idea
|
1. Menunjukkan 2 rajah litar iaitu
litar P dan litar Q.
(Lampiran 1)
2. Murid memerhati rajah litar
bersiri dan litar selari.
3. Guru menyoal murid dengan
mengimbas kembali pengetahuan sedia ada tentang jenis litar dan susunan
mentol dalam litar bersiri dan selari.
|
1. Namakan litar yang ditunjukkan pada rajah.
2. Apakah perbezaan di antara litar
P dan litar Q?
|
2.
Imaginasi
Penjanaan Idea
Sintesis Idea
Indikator
Amalan
2.1.1 Menghasilkan idea-idea
baharu
2.1.4 Mencari hubungkait
berdasarkan maklumat
yang ada.
2.2.2 Menghasilkan lakaran
|
1.
Guru mengedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.
2. Murid diminta membuat lakaran
litar selari dan litar bersiri menggunakan 3 biji bateri, 3 biji mentol dan 2
suis.
3.
Guru memilih lakaran litar yang sesuai untuk dipamerkan.
4. Murid diminta membuat hipotesis
awal dengan bantuan guru.
|
1. Lakarkan litar bersiri dan litar
selari.
2. Ramalkan mentol dalam litar
manakah yang menyala lebih cerah?
3. Bina satu hipotesis berdasarkan
ramalan kamu.
|
3.
Perkembangan
Menguji hipotesis
Penambahbaikan
Menilai
Indikator
Amalan
3.1.1 Menokok tambah idea
3.1.2 Mengubahsuai idea
|
1. Guru membekalkan peralatan
seperti, 6 biji mentol, 4 biji suis, 6
biji bateri serta wayar penyambung.
2. Guru meminta murid membina 2
jenis litar lengkap seperti lakaran yang telah dipilih.
3. Murid merekodkan pemerhatian
tentang kecerahan mentol dalam lembaran yang diberikan.
(Lampiran 2).
4.Murid menguji hipotesis.
|
1. Mentol dalam litar manakah yang
menyala lebih cerah?
2. Mentol dalam litar manakah yang
menyala kurang cerah?
3.Apakah hipotesis yang telah
diperolehi daripada pemerhatian yang telah dibuat?
|
4.
Tindakan
Pelaksanaan Amalan
Berterusan
Indikator
Amalan
4.1.1 Menghuraikan idea kepada
butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.
4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling
|
1. Guru meminta murid membandingkan
keputusan yang telah direkodkan dengan hipotesis yang telah dibuat
2.Murid membuat kesimpulan
berdasarkan data yang diperolehi.
*Mentol
yang disusun secara selari akan menyala lebih cerah daripada mentol yang
disusun secara bersiri.
3. Guru menerangkan konsep pelajaran
pada hari itu dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat sama ada betul atau
salah.
|
1. Adakah benar hipotesis yang telah
dibuat?
2. Jika tidak benar, bolehkah kamu
membuat hipotesis yang baru?
3. Susunan mentol dalam litar
manakah yang lebih baik dan sesuai digunakan?
4. Litar manakah yang sesuai
digunakan di rumah-rumah?
5. Mengapakah kamu memberikan jawapan
demikian?
|
Pentaksiran
|
5/2/2.2.6
KPS:
KPS 1 - K1
KPS 2 – K2
KPS 4 – K1,
K3
KPS 7
- K1, K2, K5, K6
KMS 1 – KI,
K2, K3, K4
KMS 3 – K1
|
|
Nilai dan Sikap
|
Bekerjasama, jujur dalam merekod
hasil dapatan.
|
Lampiran 1
Litar P
Litar Q
Lampiran
2
Merekod Pemerhatian
Lengkapkan
maklumat di bawah berdasarkan pemerhatian dalam ujikaji yang dijalankan.
M
|
N
|
i)
Namakan litar-litar di atas.
M : ___________________ N: ___________________
ii)
Tuliskan kecerahan mentol di dalam :
M :
___________________ N:
___________________
Lampiran
3
LEMBARAN KERJA
Lengkapkan
latihan di bawah berdasarkan ujiakaji yang telah dijalankan.
J
|
K
|
- Apakah tujuan penyiasatan ujikaji
di atas?
……………………………………………………………………………………………………
( 1 markah)
- Nyatakan
pembolehubah-pembolehubah
i.
Dimanipulasikan
/ yang diubah : …………………………………………………….
ii.
Bergerakbalas
/ yang diperhatikan :
………………………………………………….
iii.
Dimalarkan
/ ditetapkan : ………………………………………………………………
(3
markah)
- Bina satu hipotesis daripada
ujikaji di atas.
………………………………………………………………………………………………………
(1
markah)
No comments:
Post a Comment