Monday, 1 June 2015
Wednesday, 27 May 2015
Lawatan ke Planetarium Negara dan Petrosains KLCC - part 1
Friday, 15 May 2015
SELAMAT HARI GURU
Obor Hemah
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah
hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
A. Samad Said
2 April 1988
Monday, 11 May 2015
Persediaan Mengajar Menggunakan Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Persediaan Mengajar Menggunakan Model
Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Bidang : Menyiasat Daya dan Tenaga
Tajuk :
Elektrik
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
2.2 Memahami litar bersiri dan litar
selari
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
2.2.6 membandingkan kecerahan nyalaan mentol
dalam litar
bersiri dan litar selari
Objektif :
Murid dapat menyatakan
bahawa mentol yang disusun secara
selari lebih cerah nyalaannya berbanding mentol yang disusun
secara bersiri.
Masa :
60 minit
(2 waktu)
Subscribe to:
Posts (Atom)